Skip to content

Elak sebar informasi tidak sahih tentang COVID-19 di media sosial

KENINGAU – Ekoran penularan aktif informasi tidak sahih mengenai wabak COVID-19 di kalangan pengguna media sosial termasuk teks mesej ringkas SMS dan aplikasi WhatsApp, telah menimbulkan keresahan tidak berasas kepada ramai orang.

Fr Rudolf Joannes

Sehubungan itu, Pejabat Chancery Keuskupan Keningau membidas tindakan penularan kurang bertanggungjawab ini melalui kenyataan rasminya pada 18 Mac.

Fr Rudolf Joannes, Ketua Chancery, berkata adalah baik agar umat berhenti menularkan informasi yang tidak sahih dan hanya mengongsikan informasi tepat melalui saluran media rasmi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Kerajaan yang lain.

“Semakin banyak unsur jenaka tentang virus COVID-19, beberapa pendapat individu, renungan bersifat Alkitabiah dan informasi tidak sahih yang menyebabkan ketakutan dan kebingungan serta menimbulkan keadaan panik kepada umat.

“Pada dasarnya orang ramai faham bahawa Coronavirus adalah perkara yang serius dan merbahaya sehingga membawa maut, saya menekankan agar kita tidak memandang remeh akan hal ini dan menjadikan virus ini sebagai bahan jenaka.

“Jangan kita membuat andaian dan memberi informasi tentang COVID-19 jika ianya tidak betul dan tidak sahih. Biarkan pihak berkuasa yang menyampaikan maklumat terkini melalui saluran media yang rasmi,” katanya.

Dia menekankan kepada semua umat agar mengambil serius tentang langkah-langkah pencegahan wabak virus ini dan tekun berdoa.

“Marilah mengambil masa ini untuk berdoa bersungguh-sungguh mohon perlindungan daripada Tuhan Bapa dalam doa peribadi dan bersama keluarga dan mengikuti peraturan yang disediakan oleh kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Dia juga menekankan umat agar patuh kepada arahan Ketua Gereja dan elak daripada membuat arahan sendiri contohnya memungut sumbang kasih di dalam keluarga semasa ‘Misa Online’, yang sama sekali tidak dibenarkan kata Fr Rudolf.

Informasi tepat dan terkini mengenai COVID-19 boleh didapati di portal rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia pada laman sesawang www.moh.gov.myLinda Edward

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top