KOTA KINABALU: Social communicators from the nine Catholic dioceses in…
Doa Untuk Negara kita
Pemimpin:
Marilah kita mewartakan nama Tuhan dan
memuji kemuliaan Tuhan kita!
Semua:
Tuhan, betapa sempurnanya
karya-Mu dan semua
perbuatan-Mu adalah adil.
Biarlah suara-Mu
didengar pada hari ini oleh semua bangsa!
Ya Tuhan, Hakim para bangsa, Urapilah kami
dengan ketakutan akan kemurkaan-Mu agar
kami sedar bahawa kami hanyalah manusia
biasa.
Bapa, seluruh alam
semesta Mu mengeluh dan
berbeban berat untuk ingin dibebaskan dari
kuasa yang menghancurkan, untuk bebas
didalam kemuliaan
sebagai anak-anak Tuhan.
Tuhan Yesus, utuslah Roh
Kebenaran-Mu dan
biarlah Roh ini membuktikan
‘kepada kuasa-kuasa duniawi”
betapa salahnya pendapat
mereka tentang dosa, dan apa yang benar dan
hukuman Tuhan.
Ya Tuhan, tunjukkanlah kuasa akan
karya-karya-Mu kepada
semua umat-Mu dan penuhilah kami
dengan pengetahuan akan
kemuliaan-Mu sebagaimana lautan penuh
dengan air.
Himpunkan kami semua
ya Tuhan di dalam
Nama-Mu dan semoga semua orang memuji
bahawa Engkaulah
satu-satunya Tuhan yang Benar.
(Doa ini digubah dari pelbagai petikan Alkitab – Herald Malaysia)
Prayer for our nation in English
[…] Prayer for our nation in Bahasa Malaysia […]