Skip to content

2,584 belia teruja sertai SYD-5 secara virtual

KOTA KINABALU: Seramai 2,594  belia daripada tiga keuskupan telah  mendaftar untuk menyertai program Virtual SYD5 yang akan berlangsung  pada 19-23 Julai 2021; 1,464 peserta dari Keuskupan Agung Kota Kinabalu,  674 peserta dari Keuskupan Keningau, 430 peserta dari Keuskupan  Sandakan dan tujuh peserta daripada diosis luar iaitu Kuching dan Miri, Sarawak. 

SYD5 akan turut disertai oleh 171  orang penganjur Main Organizing  Team (MOT) dan Sub-MOT menjadikan jumlah keseluruhan penyertaan  melebihi 2700 orang. Daripada jumlah  penyertaan ini, seramai 16 penyertaan  adalah dari kalangan paderi dan religius.

Walaupun penganjuran SYD5 diadakan secara virtual, namun melihat  kepada jumlah penyertaan belia yang  telah mendaftar cukup memberi gambaran bahawa para belia di seluruh Sabah sangat merindui dan menantikan program yang penting ini.

Sabah Youth Day merupakan salah  satu acara gereja untuk semua belia  Katolik di Sabah sejak tahun 2004. 

Bagaimanapun, penganjuran kali  kelima yang sepatutnya berlangsung  pada Ogos tahun lalu terpaksa ditunda akibat pandemik COVID-19 yang  melanda dunia.

Dengan mengekalkan tema “Aku  ini adalah hamba Tuhan, terjadilah  padaku menurut perkataanmu” (Luk  1:38), para penganjur belajar daripada Bonda Maria untuk tetap berserah  kepada Tuhan dan mengatakan “ya”  pada kehendak-Nya dalam apapun  keadaan hidup ini.

Penganjuran kali ini diadakan dalam  norma baharu di mana semua peserta  akan mengikuti program SYD5 dari  tempat masing-masing secara ‘online’  dengan menggunakan komputer riba  atau telefon mudah alih.

Persiapan program SYD5 kini sedang rancak dijalankan. Walaupun  sangat terikat dengan SOP norma baharu namun semangat para belia begitu berkobar-kobar terutamanya yang  terlibat dalam sesi mahu pun yang  akan memberikan persembahan untuk  acara-acara khas SYD5.

Pandemik COVID-19 tidak mematahkan semangat dan iman para belia dan penganjur untuk meneruskan  segala persiapan walaupun sangat  terikat dengan SOP yang ketat.

Perjalanan program virtual SYD5  (V-SYD5) akan dijalankan pada waktu  malam sahaja bermula pada jam 5.30  petang hingga jam 9.00 malam sepanjang lima hari tersebut. 

Beberapa sesi akan dijalankan melalui aplikasi Zoom yang tertutup kepada  para peserta yang berdaftar sahaja.

Nantikan SYD5 secara virtual dan layari website www.sabahcatholicyouth. com untuk rujukan link Facebook dan  Youtube.— Pejabat Belia Keuskupan  Agung Kota Kinabalu

SOURCE: Herald Malaysia Online

READ ALSO :CATHOLIC SABAH

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top