Skip to content

Facebook CKR Digodam: Pihak Gereja St Peter Claver Ranau Buat Laporan Polis

Gambar – Reverend Father Nicholas Stephen berharap tindakan diambil oleh pihak berkuasa terhadap mereka yang bertanggungjawab

RANAU: Satu laporan polis telah dibuat oleh Admin sebuah platform siaran Kristian online, Cahaya Kinabalu Ranau (CKR) ekoran kejadian page Facebook mereka yang telah digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di sini baru-baru ini.


Paderi Paroki Gereja St Peter Claver Ranau (SPCR), Reverend Father Nicholas Stephen berkata, hacker yang menggodam page Facebook CKR telah mengambilalih page itu dan bertindak mempost gambar-gambar berunsur lucah di page tersebut.


“Kita mengambil keputusan untuk membuat laporan polis untuk memperjelaskan kepada para followers page Cahaya Kinabalu di Facebook bahawa posting-posting yang tidak senonoh adalah dilakukan oleh hackers dan bukan dari krew CKR sendiri,” katanya.

Milter (tengah), Verus dan lain-lain menunjukkan laporan polis yang dibuat


Tambah beliau, laporan polis juga dibuat untuk membersihkan nama Gereja Katolik yang mungkin terkesan ekoran posting-posting lucah yang dilakukan oleh hacker yang telah mengambilalih peranan Admin dalam page tersebut.


“Kita risau akan ada pihak yang salah faham dan mengaitkan gereja kita dengan posting-posting yang lucah dan terpesong melalui page CKR. 


“Lebih-lebih lagi page ini adalah page keagamaan yang giat menyampaikan mesej-mesej pengharapan yang positif, terutama sekali di musim-musim pandemik ini, dan kita mempunyai followers dari seluruh dunia yang mengikuti siaran-siaran yang dimuatnaik setiap beberapa hari,” jelas beliau.


Fr Nick berharap dengan adanya laporan polis tersebut, pihak berkuasa akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi serta menghindarkan kes yang sama daripada berulang di masa hadapan.


Pada hari Sabtu, Admin CKR, Milter Kazin hadir ke IPD Ranau bersama Pengerusi Majlis Pastoral Paroki Ranau (MPPR), Verus Pinol serta beberapa lagi anggota komiti-komiti gereja SPCR untuk membuat laporan polis berkenaan kes tersebut.


Dalam laporan yang dibuat, pengadu menyatakan pada 7 Jun 2021 lalu, jam lebih kurang 4.00 pagi, beliau telah menyedari akaun Facebook CKRtelah digodam oleh orang yang tidak dikenali yang telah memuatnaik gambar-gambar lucah di story page tersebut serta menukar gambar profil page berkenaan. 


“Saya telah membuat laporan di Facebook untuk sekat akaun tersebut dan setelah membuat perbincangan dengan ketua gereja iaitu Fr Nick dan ahli-ahli yang lain, kami membuat keputusan untuk membuat laporan dan hal ini dirujuk kepada pihakSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi tindakan selanjutnya,” jelas Milter. – Oleh Cleo Will

SOURCE: Borneo Daily Bulletin

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top