Skip to content

Buku nyanyian rohani serantau baharu dikeluarkan

KUALA LUMPUR — Persidangan Uskup-Uskup Katolik Malaysia, Singapura dan Brunei (CBCMSB) mengendos edisi pindaan bagi buku nyanyian Sing Your Praise to God (2021) sebagai Buku Nyanyian Katolik rasmi untuk rantau ini pada 2 Februari 2021.

Edisi yang dipinda ini menyaksikan pandangan yang baharu dan berubah, daripada kompilasi halaman teks klip besi bagi Susunan Misa, doa-doa dan lagu-lagu, kepada buku kulit keras Susunan Misa, Antifon dan lagu-lagu dalam teks dan notasi muzik, yang dikepil dengan benang.

Turut ditambah dalam edisi pindaan ini adalah Upacara Ekaristi, Eksposisi dan Benediksi serta indeks kepada senarai lagu-lagu menurut tajuk, ayat pertama, bahagian Misa dan musim serta penggunaan liturgi.

Sing Your Praise to God pertama kali diterbitkan pada 1970 oleh Uskup Emeritus James Chan dan Komisi Liturgi Serantau CBCMSB bagi memenuhi keperluan jemaat apabila mereka berhimpun untuk menyembah Allah dalam roh dan kebenaran di setiap Misa, dan menyanyikan sumber dan kemuncak kehidupan Kristian kita dengan sukacita. Edisi kedua, yang dicetak pada 1985, selain mempunyai lebih banyak lagu, ada devosi-devosi dan doa-doa yang ditambah kepadanya. Sejak itu, buku nyanyian rohani ini tidak pernah dikemaskini.

Maka itu, ia memang wajar bahawa lagu nyanyian rohani ini dipinda. Justeru, pada 2014, CBCMSB memberi mandat kepada Komisi Liturgi Keuskupan Serantau (dahulu RLC) untuk menjalankan tugas meminda dan menambah-baik buku nyanyian rohani ini. 

Dalam usaha ini, Komisi meneliti semula dokumen-dokumen liturgi dan berkaitan dari Majlis Vatikan Kedua. Dengan rujukan tersebut dan menerusi rundingan yang konsisten dengan uskup-uskup CBCMSB, Komisi itu telah merangka prinsip-prinsip yang menjadi bimbingan, untuk menentukan lagu-lagu rohani yang akan dimasukkan, selain menambah teks Antifon dan notasi muzik. Mengiktiraf dan membayar semua pemilik hakcipta juga merupakan bahagian yang penting dalam usaha ini.

Buku nyanyian rohani yang dipinda ini sekarang sedang dihantar ke semua keuskupan di rantau ini. Ia dijual pada harga RM25 senaskhah. Borang tempahan sudah dihantar ke semua paroki. Sila hubungi paroki anda untuk membuat tempahan atau
liturgycommission@erlcmsb.org.

Ia adalah harapan dan doa kami yang ikhlas agar edisi pindaan ini akan menjadi rakan yang konsisten bagi semua dalam jemaat kita yang beribadah, bukan hanya koir dan pemuzik sahaja. Agar semua yang menggunakannya semakin tertarik ke dalam jiwa yang mengambil bahagian sepenuhnya dan secara aktif dan sedar dalam menyanyikan pujian kepada Allah.

Pujilah Tuhan kerana Dia baik, bernyanyilah kepada Allah kita kerana Dia penyayang: kepadaNya pujian kita harus dipanjatkan” (Mazmur 146:1). 

(Terjemahan)

SOURCE: Today’s Catholic

Berita dalam Bahasa Inggeris: Sing Your Praise to God: Updated hymnal

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top