TERAWI – Seramai 40 kanak-kanak telah menerima Sakramen Pembaptisan pada…
Selamat Hari Belia Sedunia 2020!
Amita Mersaille Francis, Holy Cross Toboh Tambunan – Shalom to all youths out there. Blessed World Youth Day! Wherever you are and whatever circumstances you are going through, always stay connected with God because He is just a prayer away. Also, don’t forget to take this opportunity to do the things we have never done at home with our family. Hard times are often blessings in disguise. Embrace it and arise! Stay at home ya.
Feionah Timothy, St Peter Bundu, Kuala Penyu – Selamat Hari Belia Sedunia kepada semua belia. Dalam percobaan yang kita hadapi sekarang kita jangan pernah berputus asa sebaliknya mengambil masa ini untuk lebih dekat kepada Tuhan secara rohani.
Kalau sebelum ini kita terasa terbeban dengan tugas dan tanggungjawab seakan tidak cukup masa untuk kita bahagikan namun sekarang kita sangat merindui akan semua itu. Ambil masa ini sebagai masa untuk berdoa bersama keluarga masing-masing, masa untuk kita memuhasabah diri melihat kembali pelayanan kita.
Yesus telah membangkitkan anak muda di Nain, semoga setelah semua cabaran ini berakhir kita juga akan bangkit dengan iman yang lebih teguh dan semangat pelayanan yang berkobar-kobar. Sentiasalah percaya kepada perancangan Tuhan. Salam damai dan semoga Tuhan melindungi dan memberkati.
Richmorven Richard, Katedral St Francis Xavier, Keningau – Selamat Hari Belia Sedunia kali ke-35. “Hai Anak Muda, Aku berkata kepadamu, Bangkitlah”, belia adalah pemimpin masa hadapan, harapan gereja.
Belia masa kini terdedah dengan dunia teknologi yang boleh menghanyutkan jiwa mereka, namun jika teknologi itu digunakan dengan cara yang betul, ia mampu menjadi satu dimensi saluran cinta kasih Tuhan melalui perkongsian Alkitab, mencipta lagu-lagu rohani dan sebagainya.
Sebagai seorang belia, kita haruslah saling menginspirasi dan memberi motivasi kepada belia-belia yang masih mencari arah hidup dan tidak mengenali Yesus secara peribadi. Banyak suara-suara yang akan menghalang kita untuk mendengar suara Tuhan berbicara, dengan itu kita harus sentiasa pusatkan fikiran, jiwa dan hati dengan bimbingan Roh Kudus.
Roney Alfred Eming, Keningau – Para belia yg dikasihi, dalam hidup ini, jatuh dan bangkit tentu sudah menjadi pengalaman biasa setiap insan. Namun ianya menjadi istimewa apabila kita jatuh kemudian bangkit kembali dan maju ke hadapan dengan menerima campur tangan Kristus serta menaruh iman kita kepada Tuhan.
Sempena Hari Belia Sedunia ini, marilah kita terus berkarya melayani Tuhan dan hayatilah hidup kita dengan penuh makna kerana Tuhan sentiasa menopang dan menemani kita dalam apa pun juga keadaan hidup kita.
Arnold Nickson Marinu @ Nicholas, St Anthony Tenom – Selamat menyambut Hari Belia Sedunia bagi para belia dan beliawanis, semoga tahun ini menjadi tahun yang membawa kita lebih dekat kepada kasih Kristus dan Karya PenyelamatanNya.
Semoga para belia juga terus bangkit dan bersemangat untuk mengongsikan sukacita Karya Penyelamatan Kristus pada hari Paska nanti, walaupun kita semua tidak dapat bersama-sama merayakannya secara langsung, tetapi percayalah hati dan iman kepada Yesus adalah satu dalam naungan kasihNya.
Tetaplah percaya dan mengandalkan rencana Tuhan itu sendiri kerana rencanaNya adalah indah pada waktunya.
Exzreena Michael, St Francis Xavier Keningau – Bangkitlah daripada kesedihan, Bangkitlah daripada ketakutan, Bangkitlah daripada segala kerisauan dunia! Yesus hadir dalam setiap sudut kehidupan kita. Mari berjalan bersama Yesus dan terus melayani satu sama lain dengan penuh cinta kasih dan kerendahan hati. Tuhan melayani kita terlebih dahulu, oleh sebab itu kita dapat melayaniNya. Selamat Hari Belia Sedunia tahun 2020!
Klik untuk melihat slides dan videos sempena Hari Belia sedunia 2020
This Post Has 0 Comments