Skip to content

PRAPASKA DALAM SUASANA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP): Apa kata belia?

Prapaska kali ini membawa makna yang sungguh mendalam

Martin Billy, St Anthony Tenom – Saya ingin kongsikan pengalaman luar biasa saya dalam musim prapaska ini, terutama saat Malaysia mengalami situasi yang sangat membimbangkan dengan penularan covid-19.

Buat pertama kali dalam sejarah kehidupan, saya mengikuti misa kudus secara live online. Pengalaman ini benar-benar mengajar saya betapa pentingnya menghadiri misa kudus pada setiap minggu secara nyata dan betapa bermaknanya  menerima Tubuh Kristus. Bagi mereka yang sudah terbiasa menghadiri misa kudus setiap minggu di gereja, pasti sangat sukar untuk menerima keadaan ini.

Secara jujurnya, saya adalah orang yang sentiasa sibuk dengan perkerjaan saya. Masa untuk bersama dengan keluarga sangat kurang dan begitu juga hubungan relasi saya dengan Tuhan secara peribadi. Namun, sejak  kerajaan melaksanakan perintah kawalan pergerakan, saya mempunyai lebih banyak masa bersama dengan keluarga. Melalui semua ini membuatkan saya bersyukur kepada Tuhan, kerana saya percaya Tuhan mempunyai rencananya.

Saya sedar Tuhan menginginkan saya untuk memperbaiki hubungan relasi saya bukan saja dengan keluarga tetapi juga dengan Tuhan dan Bonda Maria. Melalui bimbingan Roh Kudus, saya dapat membawa keluarga saya untuk semakin dekat dengan Tuhan melalui aktiviti berdoa bersama setiap hari. Dan ini menyedarkan saya betapa pentingnya ikatan kekeluargaan dan kesatuan dalam doa.

Rencana Tuhan sungguh luarbiasa terutama dalam musim2 Prapaska ini. Prapaska kali ini membawa makna yang sungguh mendalam dalam kehidupan saya dan keluarga. Tuhan menyatukan dan menyembuhkan kami dari pelbagai penyakit dunia dan membawa kami untuk semakin dekat dengannya.

Kesempatan untuk berdoa dan merenung

Adelina Bait, St Valentine Beaufort – Walaupun melalui masa perintah berkurung (kawalan pergerakan), saya tetap mensyukuri keadaan ini kerana berpeluang untuk bersama keluarga. Keadaan ini memberi kami peluang untuk menghabiskan masa bersama-sama, melakukan rutin harian dan lebih banyak komunikasi berlaku dalam keluarga yang mana sebelum ini jarang sekali berlaku.

Masa kami diisikan dengan mendengarkan lagu-lagu rohani dan perkongsian renungan daripada para religius melalui audio dan video-video yang dihantar. kami juga saling mengingati agar sentiasa berdoa sebelum keluar membeli barang keperluan di kedai.

Selama perintah berkurung terutama dalam masa prapaska ini, membawa saya untuk lebih banyak berdoa dan merenung secara peribadi tentang kehidupan yang saya jalani. Saya sedar bahawa Tuhan benar-benar mahu kita semua bertobat. Marilah kita terus bertekun dalam doa agar bulan prapaska ini membawa penuh berkat.

Suatu kesempatan yang berharga dalam tempoh masa kawalan pergerakan

Felsy Sulip, Toboh, Tambunan – Musim prapaska tahun ini sangat berbeza dengan musim prapaska yang saya pernah lalui sebelum ini. Bagi saya, dalam masa prapaska tahun ini, ditengah ketakutan dan kesukaran dunia menghadapi Covid19, saya bersyukur kerana saya masih mempunyai keluarga. Walaupun tidak semua ahli keluarga dapat bersatu (They stayed where there are due to the movement control order), saya pasti kami tetap bersatu dalam doa.

Saya sangat menghargai masa ini (kawalan pergerakan) kerana saya melihat suatu “kesempatan” yang berharga dalam tempoh masa ini. Saya berpeluang untuk meluangkan masa saya bersama dengan keluarga saya dan lebih menghargai keluarga saya. Kesempatan ini merupakan peluang saya dan keluarga berkongsi cerita dan melakukan rutin harian di rumah bersama. Perkara yang saya dan keluarga lakukan adalah perkara yang sederhana tetapi bagi saya, itulah antara yang saya rindukan selama ini.

Sudah sekian lama juga saya dan keluarga tidak berpeluang berdoa bersama kerana kurangnya masa untuk bersama, semuanya sibuk disana sini dengan kerja masing-masing. Namun, Peluang akhirnya hadir dalam keadaan seperti ini. Saya secara peribadi juga mengambil masa ini untuk berdiam dan merefleksi diri. Saya tidak tahu apa yang akan terjadi seterusnya. mungkin keadaan akan beransur pulih atau juga mungkin menjadi lebih teruk. Walau bagaimanapun, dalam tempoh ketakutan dan kesukaran ini, I am invited to appreciate this time. I might not have time like this anymore later so, I would like to take this time to be grateful and live this moment fully. Saya percaya Tuhan hadir dalam situasi ini dan saya juga percaya Dia mempunyai rancangan yang terbaik disebalik ketakutan dan kesukaran yang melanda dunia pada ketika ini. 

Lenten season as a second chance for me to come to God

Lester Rubintinus, St Joseph PaparFor me, this year’s Lenten season is very different from the years before because we cannot physically attend the holy mass for the Eucharistic Celebration in the church due to the Covid-19 outbreak.

But I am grateful that my family and I can still get up in the morning and feel the love of God with the breath He gives. With the current situation, it has taught me to pray not only for my family and myself, but for the salvation of the world. Yes, there are many challenges ahead, but I always remind myself to be patient, even sometimes I still fall into temptation.

I see this Lenten season as a second chance for me to come to God and I am surely know that every good deeds I do will bring me one step closer to God.

This second chance also gives me an opportunity to spend more time with my family, strengthen our family bond, communicate more with each of my family members and pray together especially now that we are being asked to limit our movement. That’s mean, I have a plenty of time with my family.

Lastly, as a teacher, I always emphasize to all my students how to be responsible to their families and to themselves. By doing this, we will make our lives more meaningful in God’s eyes. Love your family and pray together. 

Kerinduan yang sangat mendalam

Aderoff Gilbert, Stella Maris – Saya ingin mengongsikan pengalaman musim Prapaska dengan suasana perintah kawalan pergerakan kerana disebabkan oleh penularan virus Covid-19.

Keadaan yang berlaku sekarang dimana kita tidak dapat menjalani kehidupan seperti biasa, tidak dapat menghadiri Misa Kudus atau melakukan aktiviti pelayanan mengingatkan saya kepada homili Paderi semasa saya dan keluarga berada di kampung. Paderi bercakap mengenai kehadiran umat ke gereja yang semakin berkurangan, ada yang datang lambat dan ada yang tidak dapat datang ke gereja kerana kogutan. Tetapi jika melakukan perkara lain seperti beli nombor 4D tidak pernah tinggal. Di manakah iman kita? adakah kita hanya berdoa apabila kita dalam kesusahan? Pertanyaan ini sangat memberi saya kesedaran secara peribadi terutama apabila dalam situasi sekarang.

Dan tempoh kawalan pergerakan ini saya dan keluarga hanya bergantung kepada Misa Online dan setiap kali mengikuti Misa Online, perasaan rindu itu sangat mendalam, kerinduan untuk menerima Tubuh Kristus sangat terasa. Kami juga melakukan doa Rosari setiap malam dan pernah suatu ketika semasa berdoa rosari saya terhidu bau bunga rose yang sangat kuat. Saya percaya Bonda Maria hadir saat kita sungguh-sungguh bertekun dalam doa ini. Dan Tuhan Yesus tidak pernah meninggalkan kita semua. 

Kesempatan untuk meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga tercinta

Oliver Nick Ubing, KSFX, Keningau – Pengalaman  bersama keluarga pada musim prapaska  dalam PKP ini banyak mengajar saya erti  kesatuan dalam keluarga.

Bermula saja pelaksanaan PKP,  ibu saya telah membawa kami semua untuk berdoa rosari  setiap malam.  Dan sepanjang tempoh itu,  telah membuatkan hubungan kekeluargaan kami semakin erat hari demi hari, saya percaya melalui doa Bonda Maria dan Yesus jugalah yang menjadikan hubungan kekeluargaan kami semakin erat.

Pengalaman dan kebersamaan ini membawa saya secara peribadi memahami erti sebenar keluarga. Banyak masa yang kami  luangkan bersama dalam keluarga seperti   memasak hidangan kami bersama dan membagi bagi tugas untuk membersihkan rumah kami selain daripada berdoa bersama.

Walaupun terkurung namun saya melihat rahmat-rahmat yang Tuhan berikan kepada kami sekeluarga iaitu kesatuan dan cintakasih antara sesama. Marilah kita bersama sama mengambil peluang ini untuk bersama sama dengan keluarga kita dan meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga tercinta kita dan tidak lupa juga untuk berdoa untuk kesejahteraan dunia pada masa kini.

This Post Has One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top