Skip to content

Laudato Si’: Bumi dalam tahap titik pecah

Komisi dan Komiti Keadilan Ciptaan Tuhan komited untuk membentuk warga ekologi yang prihatin

KOTA KINABALU – Perjalanan Komisi Keadilan Ciptaan Tuhan Keuskupan Agung Kota Kinabalu diteruskan dengan Perjumpaan bersama Komiti Keadilan Ciptaan Tuhan Paroki pada 29 Feb, di Bilik Mesyuarat Dewan Katedral Hati Kudus, Kota Kinabalu.

Perjumpaan pertama bagi tahun 2020 dihadiri 46 orang yang terdiri daripada perwakilan dari 17 paroki, 4 belia Eco-Outreach Team dan selebihnya daripada ahli-ahli komisi sendiri. Turut hadir bersama dalam mesyuarat ini adalah penasihat rohani, Fr Russell Lawrine.

Di dalam ucapan Fr Russell selepas selesai memimpin doa, dia berterima kasih atas komitmen dan kerjasama semua dan berharap pertemuan hari ini menjadi permulaan yang baik bagi tahun yang baru ini untuk membina hubungan kerjasama yang lebih erat diantara Komisi dan Komiti. Dia juga berharap perjumpaan ini akan membawa bersama komisi dan para perwakilan untuk membincangkan isu-isu alam sekitar yang berlaku di setiap paroki dan seterusnya menghasilkan program atau aktiviti yang bersesuaian di setiap paroki.

Dalam penerangan ringkas mengenai dengan sejarah, latar belakang, misi dan visi Komisi ini, Koordinator komisi, Sr Calista Saliun menyampaikan pesan Pope Francis melalui buku ensilik Laudato Si yang di tulisnya bahawa “Bumi dalam tahap titik pecah” (Artikel 16) yang menggambarkan bahawa keadaan bumi yang semakin nazak dan menunggu masa untuk pecah.

Buku Laudato Si merupakan satu dokumen yang bukan saja diarahkan untuk gereja katolik tetapi juga untuk manusia sejagat dan dokumen ini juga digunakan oleh agensi-agensi global bila membicarakan tentang ekologi dan alam ciptaan Tuhan.

Pada tahun lalu, komisi telah mengadakan seminar kesedaran di beberapa paroki dan mengongsikan kandungan dokumen Laudato si ini.  “Sebagai Komisi dan Komiti Keadilan Ciptaan Tuhan, dokumen ini adalah yang pertama sekali harus kita pelajari dan fahami,” kata Sr Calista.

Mengimbas kembali perjalanan satu tahun Komisi yang ditubuhkan secara rasmi pada 25 Feb 2019 oleh Uskup Agung John Wong, komisi ini telah mengadakan beberapa aktiviti kesedaran sama ada di peringkat paroki mahupun peringkat keuskupan sebagai usaha untuk memulakan dan memperkenalkan komisi ini kepada paroki. Program terbesar adalah Perhimpunan Agung Pertama Komisi bersama Komiti dari setiap paroki yang telah membawa kepada penubuhan komiti di peringkat paroki. Bagaimana pun, sehingga hari ini masih ada beberapa paroki yang belum menubuhkan secara rasmi komiti yang baru ini.

Melalui laporan yang dibentangkan, Komisi bersetuju bahawa tumpuan program pada tahun pertama itu adalah lebih kepada strategi pembinaan keupayaan setiap ahli melalui beberpa program latihan dan kesedaran termasuk mendalami kandungan buku Laudato Si. Begitu juga dengan penubuhan Eco-Outreach Team yang menjadi salah satu komponen penting dalam komisi ini.

Manakala laporan dan perkongsian daripada setiap paroki yang hadir, memberi gambaran yang jelas bahawa terdapat beberapa paroki yang telah pun memulakan langkah-langkah ke arah kesedaran ekologi dan memulakan beberapa aktiviti-aktiviti yang memberi kesedaran sama ada di peringkat komuniti mahupun paroki masing-masing. Christina David / Catholic Sabah

Sr Calista:  Kita adalah kaki, tangan, hati dan mata di paroki masing-masing. Kita menjadi suara kepada ciptaan Tuhan yang lain yang tdk ada suara dan orang-orang miskin yang tertindas. Kita mau kembali ke Taman Eden (Kej bab 1 -2) semuanya indah.

Fr Russell Lawrine – Semua orang perlu mengambil peranan untuk mencapai misi kita bersama iaitu membentuk warga ekologi yang prihatin dan bertanggungjawap.  Semangat Laudato Si’ harus diserapkan dalam kehidupan gereja. Kesedaran yang timbul dalam hati kita adalah jalan pertama untuk menujuh ke arah pertobatan ekologi.

Datuk PhilipCabaran yang dihadapi oleh komisi juga di paroki dalam memulakan sesuatu yang baru. Kita perlu mengkaji semula kaedah yang kita biasa gunakan, kita mungkin memerlukan cara pendekatan yang baru dan lebih efektif seperti ‘personal touch’ untuk mencari orang-orang yang betul-betul berminat dan komited dalam perjuangan ini.

SanenPerlu tekankan kesedaran kepada setiap umat. Sama ada orang itu faham atau tidak faham, suka atau tidak suka, kita perlu bersiap sedia untuk menghadapi bencana besar-besaran. Tanpa kita sedar, kita sebenarnya sedang melalui keadaan yang menakutkan ini dibeberapa buah tempat.

This Post Has 0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back To Top